GOng Xi Fat Chai

0 kritik




“Amoi, nah ni u punya limau.. wa bagi..”
Limau? oh ya, orang dah nak sambut tahun baru cina. Memang telah menjadi kebiasaan bilamana tiba sahaja musim perayaan tahun baru cina maka berkotak-kotaklah limau mandarin dihurung kesana kemari.  Jikalau ketika hari raya puasa orang kita ramai yang mabuk kuih raya beserta rendang dan ketupat maka pada waktu ini pulak ramai dari kita yang mabuk limau mandarin. Terfikir juga apsal limau yek?. Kenapa tak epal kee..,anggur kee, atau apa-apa sahajalah! kenapa mesti LIMAU??

“Lau, Apsal masa you punya raya banyak orang bagi limau haa??”
“Susah mau cerita sama you.., emm.. you boleh ingat itu limau macam  emas.. kira macam satu tahun punya duit , boleh kata simbol kayalaa”
         Oh! simbol Kaya tu.. memang kalau dia cerita panjang-panjang pun aku bukannya faham sangat. Masa kecik-kecik dulu aku jarang benar merasa limau mandarin ni. Yang aku tau masa tu bila tiba raya cina jee.. mesti ada filem Jackie Chan dengan Jet Li ditayangkan  di TV yang biasanya ditaja oleh  apa eek?? aku pon x tau laaa :)

      Semestinya ketika raya cina ni semua benda nampak merah sahaja. Apsal pulak merah eak??
Menurut sejarah mereka, dulu-dulu di Tanah Besar China ada satu makhluk ganas datang menyerang. Makhluk yang dinamakan ‘Nian’ tu telah membuatkan seluruh penduduk hidup dalam ketakutan. Setelah lama mencari jalan bagaimana untuk hapuskan makhluk durjana tu akhirnya mereka berjaya juga dengan cara melempar reben merah serta membakar bunga api dan mercun.  Itulah agaknya sejarah mereka bakar mercun.. kita pulak yang turut serta bakar mercun ketika hari raya puasa berdasarkan sejarah apa yek?
                        
  Psal kita pk la sndri.. malas nk kata apa2.. aku pon main jugak.. hehehe



terima kasih sudi baca