6 perkara yg boleh menghancurkan hbungan antra hg & ak !!

0 kritik

559bertengkar1 6 Perkara Yang Boleh Menghancurkan Hubungan Antara Anda Dengan Si Dia

Saat anda menjalinkan hubungan cinta, banyak perkara yang boleh mengganggu dan menghancurkan hubungan cinta anda. Jika tak diatasi segera, ini akan menjadi penyebab hubungan cinta anda terkandas di tengah jalan.
1. Ketidak percayaan
Salah satu hal utama yang boleh membunuh hubungan anda adalah kurangnya kepercayaan. Jika pasangan tak saling percaya, hubungan anda tidak akan berjalan dengan jujur.
Jika anda terus-menerus mengesyaki pasangan anda, atau sebaliknya, hubungan akan berakhir secara perlahan-lahan. Cari dan tahu apa yang menyebabkan rasa tidak percaya di antara anda dan pasangan anda wujud. Berbicaralah dari hati ke hati untuk menyelesaikannya.
2. Stress
Banyak hal yang boleh menyebabkan berlakunya stress dalam hubungan. Dalam hubungan yang penuh stress, perpisahan akan mudah berlaku.
Cari cara untuk mengelakkannya bersama pasangan atau secara sendiri. Bila perlu, minta bantuan daripada rakan atau orang yang boleh anda percayai untuk mengurangkan beban fikiran anda.
3. Menyimpan dendam
Jangan pernah sama sekali menyimpan dendam terhadap pasangan anda. Jika persaan itu wujud antara satu sama lain, pasti anda akan mengalami kesukaran untuk membina masa depan bersama.
Untuk mengatasinya, anda perlu berbincang mengenai alasan anda mengapa menyimpan dendam tersebut. Jika anda memerlukan pihak ketiga untuk membantu anda, lakukanlah.
4. Kurang berkomunikasi
Pasangan jarang berkomunikasi akan sukar memahami apa kehendak antara satu sama lain. Selalulah berkomunikasi dan luahkanlah apa yang anda rasakan kepada pasangan anda. Mulailah dari hal kecil, hingga hal yang memerlukan perhatian penting.
5. Selalu berselisih pendapat
Anda dan pasangan selalu berselisih pendapat hampir dalam segenap hal. Berhati-hatilah kerana pertengkaran besar bermula dari pertengkaran-pertengkaran kecil. Luangkan masa untuk diri sendiri dan berfikir dengan tenang untuk melihat hubungan anda melalui perspektif positif.
6. Bekas kekasih
Bukan bererti anda tidak boleh lagi bersahabat dengan bekas kekasih anda. Namun, lebih baik menjaga jarak anda dengan bekas kekasih agar tidak timbul kecurigaan. Ceritakan pada pasangan anda bahawa anda dan bekas pernah mempunyai hubungan cinta suatu masa lalu.
Beri pengertian pada pasangan, bahawa hubungan anda dengannya telah berakhir.
Ada banyak hal lain yang boleh membunuh hubungan anda, namun tak semuanya dapat diatasi dengan mudah. Komunikasi adalah kunci untuk mengatasinya.

terima kasih sudi baca

jANGAN LAKUKAN KERIKA TIDUR zzZZZzzz

0 kritik
1. Jangan Tidur Dengan Memakai Jam
Jam dapat memancarkan radioaktif. Walaupun kecil, tetapi jika anda memakai dalam jangka masa yang lama termasuk waktu tidur pun korang pakai, lama-kelamaan ia akan memberi kesan negatif kepada kesihatan anda.


2. Jangan Tidur Dengan Memakai Bra ( Coli )
Menurut kajian saintis America, mereka mendapati jika memakai bra/coli terlalu lama, peratusan untuk mendapat penyakit barah payu dara adalah tinggi. Jadi tanggal2 la kan ye..

3. Jangan Meletak Handphone Di Sebelah Anda
Walaupun terdapat sebahagian daripada kita menjadikan handphone sebagai alarm , namun begitu adalah digalakkan jika anda meletakkan hp anda tue jauh2, sebab para saintis telah membuat kajian bahawa barang2 elektrik termasuk telefon bimbit dapat memancarkan gelombang magnetik dan boleh menyebabkan gangguan pada sistem saraf kita.
Oleh itu, adalah digalakkan untuk meletak hp tue jauh2 atau switch off je terus 

4. Jangan Tidur Dengan Memakai Make Up
Tidur dengan memakai make up boleh menyebabkan kulit muka cepat rosak. Ini adalah disebabkan kulit muka tidak dapat bernafas.

5. Jangan Tidur Dengan Orang Lain Yang Sah Sebagai Suami / Isteri
Hahha..ini yang paling penting..karang ada lak yang kena serang..

terima kasih sudi baca

Antara Kesempatan dan Pilihan

1 kritik
Bicara tentang jodoh dan pertemuan :
Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai, ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, itulah kesempatan.
Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, itu bukan pilihan, itulah kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan, itupun adalah kesempatan.
Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, malah dengan segala kekurangannya, itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi, itu adalah pilihan.
Malah ketika kita menyedari bahawa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu dan tetap memilih untuk mencintainya, itulah pilihan.
Perasaan cinta, simpati, tertarik, datang bagai KESEMPATAN pada kita.Tetapi cinta sejati yang abadi adalah PILIHAN!

Pilihlah yang terbaik bagi selayaknya untuk kamu,yang seerti bukan yang hanya menurut perasaan tanpa kehadiran hati!

Kenapa?


‎”….. Bila kelak kita akan menyayangi seseorang, sayangilah dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika kita meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ia akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa……”


Berbicara tentang pasangan jiwa, ada suatu petikan dari filem yang mungkin sangat tepat : “Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil”
Pasangan cinta kita pasti ada, kerna diciptakan kita berpasang-pasangan.
TETAPI diciptakan pasangan ini bukan pada jalan yang sama, sifat dan perlakuannya pasti berbeza supaya wujud kepelbagaian dalam keserasian rumah tangga.
NAMUN, ALLAH beri petunjuk dengan iras-iras wajah yang sama dicipta pada pasangan jiwa.
MAKA, pilihlah cintamu pada petunjuk ILLAHI bukan pada nafsu sendiri.


''Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai tetapi untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna. ''



terima kasih sudi baca